Maklumat Robotik


1.0 SYARAT AM PENYERTAAN

  • Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah swasta, sekolah antarabangsa, Maktab Rendah Sains Mara dan Kolej Vokasional seluruh negara.
  • Penyertaan hendaklah melalui pihak sekolah masing-masing.
  • Peserta perlu menggunakan mikropengawal micro:bit sahaja sebagai mikropengawal. Mikropengawal lain seperti arduino tidak dibenarkan.
  • Peserta boleh menggunakan aksesori tambahan di dalam projek masing-masing.
  • Peserta juga perlu menggunakan Isobot Robotik Kit atau sekurang-kurangnya chasis robot adalah WAJIB menggunakan chasis robot isobot dalam kategori Robotik.
  • Peserta boleh menggunakan platform makecode/ phython dan lain-lain platform yang bersesuaian untuk menulis pengaturcaraan.
  • Penganjur berhak untuk menggugurkan kategori yang di pertandingkan jika pasukan yang mendaftar kurang daripada 10 pasukan bagi setiap kategori.
  • Pasukan yang tidak menghantar video dan kod pada tarikh akhir penghantaran projek inovasi atau robotik (line following) akan hilang kelayakan untuk bertanding dan tidak akan mendapat sijil penyertaan dan yuran tidak akan dikembalikan.

2.0 BAHAGIAN ROBOTIK (LINE FOLLOWING ROBOT)

TEMA : ROBOT AUTOMASI ISOBOT BERPANDUKAN GARISAN (LINE FOLLOWING ROBOT)

- Satu (1) Isobot setiap pasukan -

2.1 Tarikh dan Tempat Pertandingan

  • Tarikh mula pendaftaran penyertaan adalah pada 1 Jun 2024.
  • Tarikh tutup pendaftaran dan tarikh akhir penghantaran projek adalah pada 13 Ogos 2024.
  • Tarikh penjurian bagi saringan awal projek adalah pada 14 hingga 20 Ogos 2024.
  • Pertandingan ini akan dilaksanakan secara hibrid.
  • Saringan awal adalah melalui dalam talian.
  • Peringkat Akhir secara bersemuka adalah pada 13 - 15 September 2024 bertempat di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor/ Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur. *(Segala kos perjalanan, makan minum dan penginapan peserta akan di tanggung oleh pihak peserta sendiri)
  • MAKLUMAT TAMBAHAN : Untuk pasukan yang berjaya mara ke peringkat akhir, jika terdapat pasukan yang mempunyai kesulitan/ masalah untuk hadir ke peringkat akhir secara bersemuka, wakil pasukan hendaklah memaklumkan kepada pihak urusetia lebih awal (satu minggu sebelum tarikh akhir pertandingan) untuk mengadakan penjurian di dalam talian, tanpa perlu menghadiri penjurian secara bersemuka.

2.2 Format Pertandingan

  • Pertandingan ini ada secara berkumpulan.
  • Jumlah pelajar dan guru bagi setiap pasukan: 1 pelajar (minimum) – 3 Pelajar (maksimum),1 Guru Pembimbing/mentor.
  • Satu (1) Isobot setiap pasukan
  • Pendaftaran hendaklah dilakukan melalui sekolah peserta masing-masing.
  • Sebuah sekolah yang sama hanya boleh mendaftar maksimum dua (2) pasukan sahaja bagi setiap kategori.
  • Hanya mikropengawal Micro:Bit dan kit robotik isobot/chasis isobot sahaja yang dibenarkan.
  • Saiz robot maksimum adalah 50cm X 50cm.
  • Maksimum voltan bateri adalah = 5V.
  • Sebarang aksesori tambahan adalah dibenarkan.
  • Peserta boleh menggunakan platform pengaturcaraan Makecode, Python, Javascript, Scratch, mBlock atau apa-apa platform yang dirasakan sesuai untuk memprogramkan mikropengawal micro:bit.
  • Video hendaklah berdurasi maksimum 8 minit sahaja dan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya maklumat berikut: 

            i. Nama Pasukan

            ii. Nama Sekolah

            iii. Nama Ahli Pasukan dan Guru Pembimbing/ Mentor

            iv. Komponen yang digunakan

            v. Inspirasi reka bentuk robot

            vi. Cabaran yang dihadapi dan cara untuk mengatasi

            vii. Cara robot berfungsi dan melengkapkan litar cabaran

  • Setiap kumpulan perlu menyerahkan link video youtube dan kod yang dihasilkan secara dalam talian di link pendaftaran google form sebelum 13 Ogos 2024.
  • Medium bahasa bagi penghantaran video adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja.
  • 10 robot yang terbaik akan dipilih bagi setiap kategori untuk bertanding ke peringkat akhir. *(Segala kos perjalanan, makan minum dan penginapan peserta akan di tanggung oleh pihak peserta sendiri)
  • Di peringkat akhir ini. Setiap kumpulan akan menyelesaikan cabaran yang akan diberikan semasa hari pertandingan secara bersemuka atau secara langsung (live) di platform yang akan diberitahu kemudian bagi yang tidak dapat hadir secara bersemuka.
  • Pihak penganjur akan menjemput panel juri dari bidang industri dan akademik yang akan menghakimi robot tersebut mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Segala keputusan juri adalah muktamad.
  • Pemenang di peringkat akhir akan ditentukan berdasarkan kiraan mata dari segi rekabentuk, fungsi, kekemasan pergerakan isobot pada litar, kod dan video yang dihasilkan.

2.3 Kategori Peserta

  1. Sekolah Rendah Tahap Dua, Sekolah Swasta, Sekolah Antarabangsa (10 Tahun - 12 Tahun)
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Swasta, Sekolah Antarabangsa, Maktab Rendah Sains Mara (13 Tahun - 17 Tahun)

2.4 Cara Pertandingan Berjalan /  Cara Bermain

  1. Setiap pasukan wajib mempunyai satu Isobot (diubahsuai mengikut kreativiti) yang lengkap dipasang dengan *5-way Infrared Sensor*.
  2. Peserta boleh menggunakan platform Makecode, Scratch, C Programming, dan platform-platform lain yang bersesuaian untuk menulis pengaturcaraan Micro:Bit.
  3. Semasa pertandingan mIRC2023, peserta perlu menjatuhkan bola ping pong ke dalam projek Isobot mereka apabila robot mencapai titik destinasi yang disetkan. Bagi mIRC2024 kali ini, setiap Isobot perlu mempunyai reka bentuk yang memaparkan seperti sebuah tiub yang dipasang dengan sebiji Servo Motor (contoh boleh dilihat menerusi video demo Youtube di bawah sekali {minit ke 1:36 - 3:40})
  4. Isobot setiap peserta perlu diletakkan di titik permulaan litar bagi mIRC2024, peserta akan jatuhkan bola ping pong dalam tiub yang telah direkacipta oleh peserta. 
  5. Apabila Isobot mula bergerak, jam randik akan dimula untuk mengira masa untuk isobot melengkapkan tugasan yang telah diberi.
  6. Isobot akan bergerak dari titik permulaan ke titik A mengikut garisan pada litar mIRC2024 dan apabila Isobot sampai ke destinasi pertama, Isobot akan berhenti dan servo motor akan bergerak mengangkat palang untuk melepaskan bola ping pong ke dalam kotak / bekas yang disediakan.
  7. Selepas bola ping pong duduk di dalam kotak / bekas, Isobot akan mengambil pusingan U-turn dan kembali ke titik permulaan sambil mengikut garisan pada litar.
  8. Dan proses ini akan berulangan untuk titik B dan juga titik C pada litar mIRC2024 (Peringatan penting: Isobot tidak dibenarkan untuk diangkat, diubahsuai, atau disentuh sehingga tugasan selesai!)

2.5 Pergerakkan Isobot pada Litar Pertandingan Robotik Line Following Robot

Litar bagi mIRC2024 - Bahagian Robotik Line Following Robot

2.5.1 Muat Turun Litar

*Litar boleh dimuat turun bagi melakukan uji kaji dan rakaman video kefungsian robot bagi penghantaran video pusingan dan saringan awal.

*File litar adalah pada skala penuh 8 x 4 kaki.

2.5.2 Contoh Pengaturcaraan Line Following Robot mIRC2024

2.6 Video Pertandingan mIRC 2024 (Bahagian ROBOTIK Line Following di minit ke 1:36 - 3:40)


3.0 BAHAGIAN ROBOTIK (BLASTER WAR ISOBOT)

TEMA : ROBOT PEMECAH BELON (BLASTER WAR ISOBOT)

- Dua (2) Isobot setiap pasukan -

3.1 Tarikh dan Tempat Pertandingan

  • Tarikh mula pendaftaran penyertaan adalah pada 1 Jun 2024.
  • Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 13 Ogos 2024.
  • Pertandingan ini sepenuhnya dijalankan secara bersemuka dan secara kalah mati/ liga. (bergantung kepada jumlah penyertaan) bertempat di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM), Bangi, Selangor/ KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (KLCC), Kuala Lumpur pada 13 - 15 September 2024. *(Segala kos perjalanan, makan minum dan penginapan peserta akan di tanggung oleh pihak peserta sendiri)

3.2 Format Pertandingan

  • Pertandingan ini ada secara berkumpulan.
  • Jumlah pelajar dan guru bagi setiap pasukan: 2 pelajar (minimum) – 3 Pelajar (maksimum), 1 Guru Pembimbing/mentor.
  • Dua (2) Isobot setiap pasukan
  • Pendaftaran hendaklah dilakukan melalui sekolah peserta masing-masing.
  • Sebuah sekolah yang sama hanya boleh mendaftar maksimum dua (2) pasukan sahaja bagi setiap kategori.
  • Pertandingan dilakukan secara bersemuka secara kalah mati/ liga (bergantung kepada jumlah penyertaan)
  • Setiap kumpulan perlu bertanding secara bersemuka dalam perlawanan kalah mati/ liga (bergantung kepada jumlah penyertaan) yang akan dipertandingkan pada 13 - 15 September 2024. *(Segala kos perjalanan, makan minum dan penginapan peserta akan di tanggung oleh pihak peserta sendiri) 
  • Pihak penganjur akan menjemput panel juri dari bidang industri dan akademik yang akan menghakimi robot tersebut mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Segala keputusan juri adalah muktamad.

3.3 Objektif Permainan

  • Setiap pasukan akan bertempur untuk meletupkan belon pasukan lawan. Peserta juga boleh menggunakan strategi untuk merebut peluang meletupkan belon tambahan yang berada di litar untuk mendapatkan mata.
  • Pasukan yang mengutip mata paling tinggi akan dikira sebagai pemenang.
  • Kiraan markah adalah seperti berikut :

            Belon di litar = 2 Markah

            Belon di robot = 5 Markah

  • Segala keputusan pengadil adalah muktamad.

3.4 Kategori Peserta

  1. Sekolah Rendah Tahap Dua, Sekolah Swasta, Sekolah Antarabangsa (10 Tahun - 12 Tahun)
  2. Sekolah Menengah, Sekolah Swasta, Sekolah Antarabangsa, Maktab Rendah Sains Mara (13 Tahun - 17 Tahun)

3.5 Yuran Penyertaan

  • Yuran adalah PERCUMA

3.6 Litar Pertandingan Robotik Blaster War Isobot

Litar bagi mIRC2024 - Bahagian Robotik Blaster War Isobot (5 x 5 kaki)

3.6.1 Muat Turun Litar

*Litar boleh dimuat turun bagi melakukan uji kaji latihan sebelum tiba hari perlawanan.

3.6.2 Cara Permainan

    • Hanya mikropengawal micro:bit dan kit robot isobot/chasis isobot sahaja yang dibenarkan.
    • Maksimum voltan bateri untuk Isobot adalah = 5V.
    • Peserta boleh menggunakan platform pengaturcaraan Makecode, Python, Javascript, Scratch, mBlock atau apa-apa platform yang dirasakan sesuai untuk memprogramkan mikropengawal micro:bit.
    • Peserta amat digalakkan untuk menggunakan micro:bit ke-2 sebagai transmitter/ remote controller.
    • Jika peserta tiada micro:bit ke-2, peserta boleh menggunakan apps EV-micro:bit untuk mengawal robot.
    • Sebarang aksesori tambahan adalah dibenarkan.
    • Setiap pasukan akan diberikan "Pin Holder" dan "Balloon Holder" oleh pihak penganjur.
    • "Pin Holder" di bahagian hadapan robot bertujuan untuk meletupkan belon pasukan lawan.
    • "Balloon Holder" di bahagian belakang robot bertujuan untuk memegang belon. Belon ini akan cuba diletupkan oleh pasukan lawan.
    • Belon yang digunakan dalam pertandingan ini adalah bersaiz saiz 24 cm X 21 cm yang akan dibekalkan oleh pihak penganjur.
    • Pastikan belon yang telah dipam tadi di ikat dengan kuat pada robot supaya tidak tercabut semasa permainan berlangsung.
    • Pastikan receiver micro:bit pada robot tersebut telah dimuat turun dengan aturcara (.hex) yang betul.
    • Jika perserta menggunakan micro:bit sebagai transmitter/ remote controller, pastikan micro:bit tersebut telah dimuat turun dengan aturcara (.hex) yang betul.
    • Jika peserta menggunakan apps EV-micro:bit, pastikan aturcara yang betul telah dimuat turun ke dalam micro:bit dan pastikan sambungan "Bluetooth" di telefon pintar anda telah diaktifkan dan apps dapat berkomunikasi dengan robot tersebut.
    • Setiap litar permainan akan dikelolakan oleh 2 orang pengadil, 1 orang penjaga masa dan 1 orang pembantu pengadil.
    • Kedudukan setiap pasukan pada permulaan permainan akan ditentukan oleh pengadil.
    • Setiap robot mestilah diletakkan di kedudukan permulaan iaitu di petak nombor masing masing dan bahagian hadapan robot perlulah menghadap ke arah anak panah yang berada di petak nombor tersebut.
    • Setiap peserta diwajibkan berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh pengadil sepanjang permainan berlangsung.
    • Bagi peserta yang menggunakan apps EV-micro:bit, peserta perlulah mengangkat tangan jika robot peserta "disconnected" semasa perlawanan. Pengadil akan memberhentikan perlawanan seketika untuk meletakkan semua robot di kedudukan permulaan sebelum meneruskan semula permainan.
    • Selagi belon pada robot dan pada litar belum pecah sepenuhnya, permainan akan diteruskan sehingga masa tamat. Jika kesemua belon pada robot dan pada litar telah pecah, permainan akan diberhentikan untuk pengadil membuat pengiraan markah.
    • Jika robot pasukan itu terkeluar daripada litar permainan, pengadil akan memberhentikan permainan dan akan membawa kedua robot yang terkeluar kembali ke dalaam litar permainan.
    • Jika belon pada robot tercabut, permainan masih diteruskan.
    • Setelah masa 3 minit tamat, pengadil akan memberhentikan permainan dan akan mengira jumlah markah bagi kedua-dua pasukan tersebut.
    • Segala keputusan pengadil adalah muktamad.

3.6.3 Keterangan Lebih Lanjut Tentang Blaster War Isobot

3.6.4 Contoh Pengaturcaraan Blaster War Isobot mIRC2024

3.7 Fail 3D Print bagi "Attachment" ISOBOT bagi Bahagian ROBOTIK Blaster War Isobot

3.8 Video Pertandingan mIRC 2024 (Bahagian ROBOTIK Blaster War Isobot di minit ke 3:40 - 7:54)


4.0 RUBRIK


5.0 SIJIL DAN HADIAH

E-sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta yang mendaftar dan memenuhi syarat (perlu menghantar video dan kod bagi line following)

E-sijil tahap pencapaian bagi tempat 1 hingga tempat ke 5

E-sijil tahap penguasaan akan diberikan jika memenuhi syarat dengan jumlah markah seperti di bawah: 

E-sijil pencapaian dan hadiah akan diberikan untuk setiap kategori seperti senarai di bawah:

Hadiah piala (sekolah) :

  • Tempat pertama hingga tempat kelima

Hadiah medal (peserta) :

  • Tempat pertama hingga tempat kesepuluh