Maklumat Inovasi


1.0 SYARAT AM PENYERTAAN

  • Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah swasta, sekolah antarabangsa, Maktab Rendah Sains Mara dan Kolej Vokasional seluruh negara.
  • Penyertaan hendaklah melalui pihak sekolah masing-masing.
  • Peserta perlu menggunakan mikropengawal micro:bit sahaja sebagai mikropengawal. Mikropengawal lain seperti arduino tidak dibenarkan.
  • Peserta boleh menggunakan aksesori tambahan di dalam projek masing-masing.
  • Peserta juga perlu menggunakan Isobot Robotik Kit atau sekurang-kurangnya chasis robot adalah WAJIB menggunakan chasis robot isobot dalam kategori Robotik.
  • Peserta boleh menggunakan platform makecode/ phython dan lain-lain platform yang bersesuaian untuk menulis pengaturcaraan.
  • Penganjur berhak untuk menggugurkan kategori yang di pertandingkan jika pasukan yang mendaftar kurang daripada 10 pasukan bagi setiap kategori.
  • Pasukan yang tidak menghantar video dan kod pada tarikh akhir penghantaran projek inovasi atau robotik (line following) akan hilang kelayakan untuk bertanding dan tidak akan mendapat sijil penyertaan dan yuran tidak akan dikembalikan.

2.0 BAHAGIAN INOVASI

TEMA : INOVASI DENGAN MENGGUNAKAN PLATFORM MICRO:BIT UNTUK MENGATASI DAN MENGURANGKAN IMPAK PERUBAHAN CUACA ATAU MENINGKATKAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR

2.1 Tarikh dan Tempat Pertandingan

  • Tarikh mula pendaftaran penyertaan adalah pada 1 Jun 2024.
  • Tarikh tutup pendaftaran dan tarikh akhir penghantaran projek adalah pada 13 Ogos 2024.
  • Tarikh penjurian bagi saringan awal projek adalah pada 14 hingga 20 Ogos 2024.
  • Pertandingan ini akan dilaksanakan secara hibrid.
  • Saringan Awal adalah melalui dalam talian.
  • Peringkat Akhir secara bersemuka adalah pada 13 - 15 September 2024 bertempat di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor/ Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur. *(Segala kos perjalanan, makan minum dan penginapan peserta akan di tanggung oleh pihak peserta sendiri)
  • MAKLUMAT TAMBAHAN : Untuk pasukan yang berjaya mara ke peringkat akhir, jika terdapat pasukan yang mempunyai kesulitan/ masalah untuk hadir ke peringkat akhir secara bersemuka, wakil pasukan hendaklah memaklumkan kepada pihak urusetia lebih awal (satu minggu sebelum tarikh akhir pertandingan) untuk mengadakan penjurian di dalam talian, tanpa perlu menghadiri penjurian secara bersemuka.

2.2 Format Pertandingan

  • Pertandingan ini ada secara berkumpulan.
  • Jumlah pelajar dan guru bagi setiap kumpulan: 1 pelajar (minimum) - 3 Pelajar (maksimum) dan 1 Guru Pembimbing/mentor.
  • Pendaftaran hendaklah dilakukan melalui sekolah peserta masing-masing.
  • Sebuah sekolah yang sama hanya boleh mendaftar maksimum dua (2) pasukan sahaja bagi setiap kategori.
  • Untuk pusingan awal, setiap kumpulan hendaklah menyediakan video pendek berdurasi maksimum 5 minit untuk menerangkan projek dan demonstrasi fungsi projek inovasi yang dihasilkan.
  • Hanya mikropengawal micro:bit sahaja yang dibenarkan.
  • Mikropengawal selain daripada micro:bit tidak dibenarkan.
  • Sebarang aksesori tambahan adalah dibenarkan.
  • Peserta boleh menggunakan platform pengaturcaraan makecode, python atau apa-apa platform yang dirasakan sesuai untuk memprogramkan mikropengawal micro:bit.
  • Video hendaklah berdurasi maksimum 5 minit dan hendaklah mengandungi sekurang kurangnya maklumat berikut:
  •          i. Nama Pasukan

             ii. Nama Sekolah

             iii. Nama Ahli Pasukan dan Guru Pembimbing/ Mentor

             iv. Komponen yang digunakan

             v. Isu / masalah yang diselesaikan

             vi. Cabaran yang dihadapi dan cara untuk mengatasi

             vii. Cara sistem berfungsi

  • Setiap kumpulan perlu menyerahkan link video youtube dan kod yang dihasilkan secara dalam talian di link pendaftaran google form sebelum 13 Ogos 2024.
  • Medium bahasa bagi penghantaran video adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja.
  • 10 projek yang terbaik akan dipilih bagi setiap kategori untuk bertanding ke peringkat akhir. (Segala kos perjalanan, makan minum dan penginapan peserta akan di tanggung oleh pihak peserta sendiri)
  • Di peringkat akhir ini. Setiap kumpulan akan diberikan masa selama 15 minit untuk membentangkan projek dan sesi soal jawab bersama juri secara bersemuka atau secara langsung (live) bagi yang tidak dapat hadir secara bersemuka.
  • Pihak penganjur akan menjemput panel juri dari bidang industri dan akademik yang akan menghakimi projek tersebut mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Segala keputusan juri adalah muktamad.

2.3 Kategori Peserta

  1. Sekolah Rendah Tahap Dua, Sekolah Swasta, Sekolah Antarabangsa (10 Tahun - 12 Tahun)
  2. Sekolah Menengah, Sekolah Swasta, Sekolah Antarabangsa, Maktab Rendah Sains Mara (13 Tahun - 17 Tahun)

2.4 Yuran Penyertaan

  • Yuran adalah PERCUMA

2.5 Video Pertandingan mIRC 2024 (bahagian INOVASI di minit ke 0:42 - 1:36)


3.0 RUBRIK


4.0 SIJIL DAN HADIAH

Sijil elektronik penyertaan akan diberikan kepada setiap pelajar yang mendaftar dan memenuhi syarat (perlu menghantar video dan kod).

INOVASI : Sijil elektronik tahap penguasaan akan diberikan jika memenuhi syarat dengan jumlah markah seperti di bawah:

Sijil elektronik pencapaian dan hadiah akan diberikan untuk setiap kategori seperti senarai di bawah:

Hadiah projek terbaik (Inovasi):

  • Tempat pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima sahaja diberikan sebuah piala untuk pihak sekolah dan medal untuk peserta.